Search

Burger Warung RM4 vs Burger Wagyu RM88 | Pilihan Terbaik

  • Share this:

Selamat datang ke rancangan terbaru Destinasi TV, Pilihan Terbaik yang di hos kan oleh abang Sembang Bros, Amal dan Azry. Dalam siri terbaru ini kami akan menilai satu jenis makanan yang mempunyai 3 perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan mahal. Dan di akhir rancangan kami akan memilih satu kedai yang berbaloi dan menjadi pilihan terbaik! Untuk episod pertama kami ke 3 lokasi kedai burger yang mempunyai nilai harga yang berbeza.

Di lokasi pertama kami terjah ke satu warung burger di Seksyen 20 Shah Alam, berdepan dengan bengkel Michelin. Abang Fadhil dan Abang Shahril sering mencuba burger di warung burger yang lain atau lebih dikenali sebagai “kaki burger” dan akhirnya mereka membuka warung sendiri. Walaupun hanya dijual ditepi jalan, burger mereka sangat unik dimana dalam setiap hidangan burger mempunyai “caramelized onions” dan juga daging burger yang dicelupkan kedalam sos lada hitam.

📍Lokasi 1 » Warung Burger Bus Stop (berdepan Bengkel Michelin)
Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

☎️ Telefon » 03-5545 1637

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 6 petang hingga 11 malam

- - - - - - - - - - - - - - - -

Untuk lokasi kedua kami bergerak ke Seksyen 9 Shah Alam untuk mencuba “homemade burger” di Restoran Hermanos. Kesemua burger di Restoran Enck Abdullah adalah buatan sendiri. Dari roti burger, daging burger hingga ke sos nya juga adalah buatan sendiri. Terdapat lebih kurang 10 jenis burger ada dijual disini.

📍Lokasi 2 » Restoran Hermanos
1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

☎️ Telefon » 03-5523 1778

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam

- - - - - - - - - - - - - - - -

Dan lokasi yang terakhir kami ke Restoran KBB Burger & Steak Bukit Jelutong untuk mencuba Burger Dry Aged Wagyu yang berharga RM88! Pada mulanya Encik Adree memulakan perniagaan sebagai penjual Burger Bakar ditepi jalan sahaja. Tapi sekarang dia menjual daging-daging premium seperti Wagyu, Angus dan Dry Aged. Dry aged merupakan satu proses penyimpanan daging lembu dalam satu tempoh masa yang lama.

📍Lokasi 3 » KBB Burger & Steak
21, Trivo Jelutong Seksyen U8, DE Jalan Bazar P U8/P Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

☎️ Telefon » 03-5590 8086

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 12 tengahari hingga 10 malam

Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis burger yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan burger-burger yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.


Tags:

About author
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada s
View all posts